17/06/09

Latar Belakang IKBN


Perihal Institut

Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh atau ringkasnya IKBNP adalah institut yang menawarkan latihan teknikal di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Terletak kira-kira 5 kilometer dari Bandar Pagoh dan 25 km dari Bandar Muar dan berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan. Dibina di atas lot 4256, Mukim Bukit Gambir yang mempunyai keluasan tanah seluas 20 ekar berhampiran jalan utama Muar ke Pagoh. Institut siap dibina sepenuhnya pada 31 Oktober 2001 selepas kerja pembinaan selama 2 tahun.

Tujuan penubuhan institut ini adalah untuk memenuhi keperluan tenaga kerja mahir di kalangan pekerja tempatan. Institut ini menyediakan latihan teknikal di peringkat Sijil sehingga Diploma Lanjutan dengan pengkhususan dalam bidang-bidang yang berteknologi tinggi dan terkini bertetapan dengan keperluan semasa negara.

Objektif Sekolah Kimpalan

Pada keseluruhannya Sekolah Kimpalan bertanggungjawab memberi latihan berbentuk teori dan amali meliputi semua pelatih kursus Kimpalan mengikut NOSS MLVK (H-024-1, H-024-2, H-025-2, H-024-3, H-025-3 dan H-023-4 ) dan silibus yang telah ditetapkan.

1.Bertanggungjawab mengendalikan latihan diperingkat Sijil bagi SKM Tahap 1, 2 dan 3 serta Diploma iaitu SKM Tahap 4.
2.Memastikan segala bahan-bahan latihan dan peralatan sentiasa dalam keadaan baik dan mencukupi.
3.Menyediakan segala bahan untuk pembelajaran.
4.Menyediakan kertas-kertas soalan peperiksaan / ujian teori dan amali.
5.Merancang penggunaan pelbagai barangan guna habis dan peralatan yang diperlukan untuk keperluan latihan.
6.Menilai dan merekod prestasi pelatih-pelatih.
7.Memperbaiki dan mengemaskini nota-nota dan sukatan pelajaran yang bersesuaian dari semasa ke semasa jika perlu.
8.Menyelenggara disiplin bengkel, keselamatan dan kebersihan bengkel.
9.Menyelia dan menilai ketrampilan pelatih.
10.Memberi khidmat sokongan kepada industri dan institusi latihan tempatan.
11.Menjalankan kursus jangka pendek kepada pihak luar.

Sekolah Kimpalan terbahagi kepada dua ( 2 ) unit utama iaitu Unit SMAW, dan Unit GTAW. Fungsi dan objektif setiap unit tersebut adalah seperti berikut:


UNIT SMAW


1.Bertanggungjawab kepada Sekolah Kimpalan, Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh, Johor.
2.Bertanggungjawab untuk memberi latihan berbentuk teori dan amali meliputi semua pelatih kursus Kimpalan mengikut NOSS MLVK (H-024-1, H-024-2, H-025-2, H-024-3, H-025-3 dan H-023-4 ).
3.Merancangan, menjadual dan melaksana kaedah yang sesuai bagi kelas-kelas teori dan amali serta kerja-kerja projek.
4.Bertanggungjawab terhadap progres latihan yang dilakukan dan tempahan kerja yang diambil.
5.Bertanggungjawab terhadap bahan mentah, bahan gunahabis, alat ganti dan peralatan sentiasa mencukupi untuk kegunaan latihan di Unit SMAW.
6.Bertanggungjawab terhadap program-program latihan untuk kursus-kursus jangka pendek yang dikenalpasti bagi Unit SMAW.
7.Bertanggungjawab mengemaskini segala bahan pengajaran dan pelajaran dan dokumen yang berkaitan dengan Unit SMAW.
8.Bertanggungjawab melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kimpalan SMAW.
9.Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan bidang kimpalan SMAW.


UNIT GTAW

1.Bertanggungjawab kepada Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh, Johor untuk menyelaras semua aktiviti yang berkaitan dengan kursus Kimpalan.
2.Bertanggungjawab untuk memberi latihan berbentuk teori dan amali meliputi semua pelatih kursus Kimpalan mengikut NOSS H-025-2 yang dikeluarkan oleh MLVK.
3.Merancang, menjadual dan melaksana kaedah yang sesuai bagi kelas-kelas teori dan amali serta kerja-kerja projek.
4.Bertanggungjawab terhadap progres latihan yang dilakukan dan tempahan kerja yang diambil.
5.Bertanggungjawab terhadap bahan mentah, bahan gunahabis, alat ganti dan peralatan sentiasa mencukupi untuk kegunaan latihan di Unit GTAW.
6.Bertanggungjawab terhadap program-program latihan untuk kursus-kursus jangka pendek yang dikenalpasti bagi Unit GTAW.
7.Bertanggungjawab mengemaskini segala bahan pengajaran dan pelajaran dan dokumen yang berkaitan dengan Unit GTAW.
8.Bertanggungjawab melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kimpalan GTAW.
9.Lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan bidang kimpalan GTAW.

0 ulasan: