5/09/10

Selamat bercuti........

Petang jumaat lalu berakhirlah sudah sesi latihan separuh semester sesi 2/10,di mana para pelajar akan bercuti selama 2 minggu yang bersekali dengan cuti Hari Raya Aidilfitri.Setelah berpenat lelah berpuasa dan menelaah pelajaran inilah masa yang paling sesuai untuk mereka semua berehat di samping keluarga masing-masing.Disini Mr Tz mewakili ketua dan seluruh warga kerja sekolah kimpalan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin amnya kepada semua pembaca diluar sana dan khususnya kepada warga komuniti Sekolah Kimpalan IKBN Pagoh.Kepada anda semua di harap agar sentiasa berhati-hati terutama ketika di jalan raya,patuhilah undang-undang jalan raya dan jangan jadikan jalan raya sebagai tempat berlumba.Disini Mr Tz ingin menyampaikan beberapa rangkap pantun...


Dari melaka pergi ke Pekan,
Hendak berjumpa si buah hati,
Salah dan silap harap maafkan,
Jangan simpan didalam hati.


Sungai Muar airnya jernih,
Tempat berkumpul burung kedidi,
Buang yang keruh ambil yang jernih,
Baru teguh peribadi.


Bulan Ramadhan kita tinggalkan,
Sungguh sedih rasa di hati,
Salam Aidilfitri kami ucapkan,
Moga kita berjumpa lagi.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Di sekolah Kimpalan kita berjumpa lagi.......

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

0 ulasan: