30/03/11

Kakitangan IKBN Pagoh terima anugerah

PUTRAJAYA 28 Mac- . Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC) merupakan penghargaan Kerajaan kepada kakitangannya yang telah memberi mutu perkhidmatan atau kuantiti sumbangan yang melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya.
Sehubungan dengan itu seramai 11 kakitangan Institut Kemahiran Belia Negara Pagoh(IKBNP) telah di anugerahkan APC pada satu majlis gilang gemilang yang di rasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia(KBS) , Y.B. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek kelmarin.
Penerima anugerah adalah terdiri daripada kakitangan jabatan di bawah naungan KBS seperti Jabatan Belia, Majlis Sukan Negara dan Komplek Sukan.
Mereka terdiri dari tiga orang pegawai dari Sekolah Kimpalan IKBNP iaitu En Ramzi Bin Dol,En Irwan Zakwan Bin Ibrahim dan En Halman Bin Abd Kadir .
Selain itu, tiga lagi kakitangan pentadbiran,dua kakitangan Alatan Acuan,dua kakitangan Pemesin Am serta seorang kakitangan dari Mekanik Industri IKBN yang sama.
Setiap penerima APC dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Cemerlang dan hadiah prestasi berjumlah RM1,000. Penerima anugerah juga mungkin diberi peluang untuk memajukan kerjaya dan mungkin dicalonkan untuk menerima anugerah kebesaran di peringkat Persekutuan dan Negeri.



Barisan penerima anugerah APC IKBN Pagoh bergambar kenangan

1 ulasan:

usop berkata...

Tahniah kepada semua staff yang mendapat anugerah cemerlang, semoga kecemerlangan anda akan berterusan hendaknya....