3/05/11

Perasmian IKBN Kemasik

Kemasik, 1 Mei –Belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di sekitar Terengganu di saran untuk mengambil peluang memasuki pusat latihan kemahiran melalui penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) Kemasik yang telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Ahmad Shabery Cheek(gambar) petang semalam.
Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan(KBS) Tuan Haji Shaari Bin Salleh dan pegawai-pegawai tinggi KBS.
Bersempena dengan majlis perasmian itu, turut diadakan Karnival IKBN bersama rakyat, program Belia Mahir 1 Malaysia dan gerai pameran serta jualan yang menarik hampir 10,000 orang pengunjung.IKBN Pagoh turut di beri penghormatan untuk membuat kursus Belia Mahir 1 Malaysia yang bertemakan sambungan asas kimpalan. 3 orang pegawai yang di beri tanggungjawab itu ialah En Khairul,En Fairuz dan Mr Tz.
Institut ini menawarkan kursus Hospitaliti serta merupakan IKBN kedua ditubuhkan di negeri Terengganu selepas IKBN Wakaf Tapai yang dahulunya beroperasi di tapak sementara yang terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan keluasan 4.75 ekar. Kemudiannya Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan tapak kekal di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dengan keluasan tanah 163.22 ekar. Dan mula berpindah ke tapak baru pada 5 April 1997. .
Dengan slogan “IKBN Professional Terunggul”, penubuhan 21 buah IKBN seluruh Malaysia diharap dapat melahirkan belia mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang kemahiran selaras dengan pemintaan sektor pekerjaan semasa.
IKBN Kemasik dapat menampung seramai 800 pelajar dan dijangka akan memulakan pengambilan sesi pertama pada tahun hadapan. Di lengkapi dengan asrama, bengkel pembelajaran, dewan kuliah, dewan makan,surau dan gelanggang sukan .Ia merupakan institut latihan yang masih memberi latihan secara percuma di bawah seliaan Kementerian Belia Dan Sukan


Mr Tz bersama pelatih-pelatih program Belia Mahir 1 Malaysia yang sedang tekun mengimpal


Bergambar kenangan bersama sebahagian peserta kursus

4 ulasan:

Nurhakimi Abdullah berkata...

wah baru ada gambar saya .....huhu2.
encik sy tak tau nak add blog encik mcm mana boleh encik tolong add sy boleh tak....??

Nurhakimi Abdullah berkata...

klu sudah add tolong email sy semula...

Nurhakimi Abdullah berkata...

boleh tak encik tolong add sy...
sy nie peserta IKBN hari tu....nie blog sy.....dan nama di facebook beruk un'happy...dan di blog...singleboykimy.blogspot.com.

Welding Pagoh berkata...

terima kasih singgah blog welding pagoh, saya dah add