Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya

Jamuan AidilFitri

Jamuan Aidilfitri 2012

Karnival Kerjaya 2012

Karnival Kerjaya 2012.

Selamat Menyambut AidilAdha 1434H

Selamat Menyambut AidilAdha 1434H

Selamat Tinggal Kimpalan

Pertukaran Ketua Sekolah Kimpalan.

Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semasa. Papar semua catatan

3/05/11

Perasmian IKBN Kemasik

Kemasik, 1 Mei –Belia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di sekitar Terengganu di saran untuk mengambil peluang memasuki pusat latihan kemahiran melalui penubuhan Institut Kemahiran Belia Negara(IKBN) Kemasik yang telah dirasmikan Menteri Belia dan Sukan Dato’ Ahmad Shabery Cheek(gambar) petang semalam.
Hadir sama dalam majlis tersebut Timbalan Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan(KBS) Tuan Haji Shaari Bin Salleh dan pegawai-pegawai tinggi KBS.
Bersempena dengan majlis perasmian itu, turut diadakan Karnival IKBN bersama rakyat, program Belia Mahir 1 Malaysia dan gerai pameran serta jualan yang menarik hampir 10,000 orang pengunjung.IKBN Pagoh turut di beri penghormatan untuk membuat kursus Belia Mahir 1 Malaysia yang bertemakan sambungan asas kimpalan. 3 orang pegawai yang di beri tanggungjawab itu ialah En Khairul,En Fairuz dan Mr Tz.
Institut ini menawarkan kursus Hospitaliti serta merupakan IKBN kedua ditubuhkan di negeri Terengganu selepas IKBN Wakaf Tapai yang dahulunya beroperasi di tapak sementara yang terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu dengan keluasan 4.75 ekar. Kemudiannya Kerajaan Negeri Terengganu telah menyediakan tapak kekal di Wakaf Tapai, Marang, Terengganu dengan keluasan tanah 163.22 ekar. Dan mula berpindah ke tapak baru pada 5 April 1997. .
Dengan slogan “IKBN Professional Terunggul”, penubuhan 21 buah IKBN seluruh Malaysia diharap dapat melahirkan belia mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang kemahiran selaras dengan pemintaan sektor pekerjaan semasa.
IKBN Kemasik dapat menampung seramai 800 pelajar dan dijangka akan memulakan pengambilan sesi pertama pada tahun hadapan. Di lengkapi dengan asrama, bengkel pembelajaran, dewan kuliah, dewan makan,surau dan gelanggang sukan .Ia merupakan institut latihan yang masih memberi latihan secara percuma di bawah seliaan Kementerian Belia Dan Sukan


Mr Tz bersama pelatih-pelatih program Belia Mahir 1 Malaysia yang sedang tekun mengimpal

9/02/11

Ceramah Maulidur Rasul 2011



14/12/10

Majlis Perpisahan Pengajar

Pada 2/12/2010 yang lalu telah berlangsung majlis perpisahan En Zulazaha bin Musthapa dari Sekolah Kimpalan yang telah pun berpindah ke IKBN Bachok,walaupun rasa berat hati untuk melepaskan namun begitulah adat di dunia ini,berjumpa dan berpisah adalah perkara biasa.Sekolah Kimpalan merasa amat sedih dan berdukacita kerana telah pun kehilangan seorang pegawai disiplin yang berdedikasi dan sentiasa memberikan komitmen yang amat tinggi semasa menjalankan tugas beliau.Diharapkan semoga En Zulazaha bin Musthapa akan sentiasa cemerlang dan berjaya di tempat baru seperti mana yang telah di tunjukkan di IKBN Pagoh.........


En Zulazaha bin Musthapa.....


En Zulazaha bin Musthapa sedang memberi ucapan



En Zulazaha bin Musthapa sedang memberi amanat terkhir kepada pelajar-pelajar


Para pelajar berpusu-pusu untuk bersalaman dengan pengajar yang amat mereka kasihi dan sayangi....Cik Zul(kami akan merindui nasi lemak dan nasi dagang mu)

2/12/10

4Y2Y Di IKBN Bandar Penawar

Pada 11-13/11/2010 yang lalu pihak Sekolah Kimpalan IKBN Pagoh telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan program 4Y2Y di IKBN Bandar Penawar,Kota Tinggi.Seramai 4 orang tenaga pengajar iaitu En Shah,En Fairuz,En Sukri dan En Halman telah diamanahkan supaya dapat menjalankan program tersebut yang bersempena dengan perasmian IKBN Bandar Penawar.Saksikan bingkisannya....



Encik Shah Alwee sedang memberi taklimat berkenaan "safety"




Pengalaman pertama


Wahhh tekunnya


Proses mengecat hasil kerja



Bergambar kenangan bersama pelatih dari sekitar Kota Tinggi



Ruang pameran




Membasahkan tekak di warung segera

2/10/09

Selamat jalan wiraku..........

Pada 2/10/09 Sekolah Kimpalan telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan perhimpunan bulanan sekaligus majlis perpisahan Tuan Pengarah IKBN Pagoh,Encik Muhamad Musa Bin Ahmad yang akan berpindah ke Kementerian Sumber Manusia mulai 5/10/09.Majlis yang diadakan pada hari jumaat ini diadakan bagi meraikan perpisahan Tuan Pengarah IKBN Pagoh,Encik Muhamad Musa Bin Ahmad yang telah banyak berjasa dalam memajukan IKBN Pagoh amnya dan juga Sekolah Kimpalan khasnya.Kami dari Sekolah Kimpalan amat merasa sedih dan terharu namun kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kejayaan bagi Encik Muhamad Musa Bin Ahmad di dunia dan di akhirat.Di sini ingin saya menyampaikan serangkap pantun

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik di kenang jua.


Lambaian selamat jalan....Tuan Pengarah di arak di atas kenderaan

17/07/09

Minggu Orientasi di Bengkel Kimpalan.


Berwajah baru,karpet bengkel kimpalan sedang dalam proses penukaran.


Pelajar -pelajar sedang melakukan tekan tubi (senaman pagi)


pelajar sedang mendengar amanat dari pengajar


pelajar sedang mendengar amanat dari pengajar

14/07/09

Minggu peperiksaan JPK

Peperiksaan jpk merupakan penamat bagi setiap pembelajaran yang berlaku di mana-mana pusat latihan kemahiran.Di sini di paparkan sebahagian ragam pelajar-pelajar sewaktu berlangsungnya peperiksaan itu.